Selamat Datang Ke Syaf Delight

Isnin, 2 Julai 2012

Apam Polkadot


Salam semua..dah lama sebenarnya SD tak buat apam yang comel nie..apam polkadot..kali ni SD nak syer resepi..bagi yang dah tau diam-diam ok..bagi yang tak tau jom try buat..First kita lihat dulu bahan-bahannya..

Bahan-bahan

275g     tepung gandum (SD guna tepung superfine)
3 sdk    baking powder (SD guna 2 sdk je)
220g     gula halus (SD guna 200g je)
3 biji     telur (SD guna telur yang di simpan dalam peti ais)
1 sdk    ovallate
150      susu cair (SD guna Fresh Milk..ni gara-gara nak habiskan stock susu ni cepat..hehehe)
1 sdk    Essen vanila
Pewarna makanan ikut kesukaan

Jom kita mulakan dengan Bismillah..(",)..mula-mula kita panaskan air dalam periuk mengukus dulu..

 masukkan gula,telur & ovallte..pukul pada kelajuan sederhana ke laju..

 bila bancuhan agak sebati masukkan Essen vanilla, susu, tepung dan baking powder dan biarkan ia berputar sehingga menjadi putih gebu macam gambar diatas..

 setelah bancuhan sudah menjadi putih gebu..masukkan ke dalam beberapa bekas dan warnakan ikut warna kegemaran anda..kalau rajin boleh sudukan masuk dalam acuan terus, kalau malas boleh ikut cara SD masukkan bancuhan dalam piping bag..hehehe

sudah selesai masukkan kedalam acuan..sudah siap wat dot dot atau apa2 design yang anda suka..air didalam periuk mengukus pun sudah mendidih,apa lagi..masukan apam tadi..kukus selama 10 minit

** Tips:- Tudung periuk mestilah dibalut atau dibungkus dengan kain bersih untuk mengelakkan air kukusan masuk kedalam apam..

              - Apabila apam sudah masak, angkat sekali dengan tudung pengukus..kemudian baru buka ini mengelakkan dari apam menjadi bersarang-sarang...


"Selamat Mencuba"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT