Alat whish, beater (paddle) & hook
Terdapat pelbagai jenis mesin pengadun di pasaran negara kita.
Yang paling biasa digunakan ialah mesin pengadun tangan yang dikenali sebagai
hand-mixer. Untuk menghasilkan produk dalam kuantiti yang kecil, hand mixer
sesuai digunakan tetapi bukan semua kek boleh menggunakan mesin kecil ini. Dari
pengalaman saya menggunakan mesin ini, hanya kek mentega saja yang boleh
menjadi jika menggunakan mesin ini. Bila membuat kek span moden atau kek lapis,
sering tidak menjadi kerana pukulannya tidak kuat untuk mengembangkan telur
pada tahap maksima. Anda boleh menggunakan Kenwood atau lain-lain jenis yang
komersil untuk mendapatkan hasil produk yang bagus.
Terdapat tiga alat yang biasa digunakan dengan mesin pengadun
iaitu hook, paddle dan whisk.Dengan bentuk berbeza, tentunya penggunaannya juga
turut berbeza. Hook yang berbentuk seperti mata kail lebih sesuai untuk
kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan bentuknya yang
sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak melekat pada
hook. Manakala paddle atau beater ,digunakan untuk mengadun
bahan-bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan
proses mengkerim seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain. Ia juga
sesuai untuk mengadun doh biskut, tat, pai dan lain-lain pastri. Alat ketiga
iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-bahan yang perlukan proses
pengembangan seperti kaedah membuih (foaming method). Umpamanya dalam proses
membuat kek span, kek lapis, kek sifon dan lain-lain.Alat ini bertindak
memerangkap udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik
dua kali ganda. Oleh itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil
produk yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan