Selamat Datang Ke Syaf Delight

Rabu, 6 Jun 2012

Petua Membuat Biskut

Sumber : Chef Hanieliza

Sumber : Google Image

Assalamualaikum..bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi..lepas tu kita semua akan menyabut Hari Raya Aidilfitri..pasti ramai yang sibuk dan terfikir-fikir nak buat biskut apa untuk raya nie kan.. :)..tahun ni SD dok diam je la tak dapat nak turun padang..tengok je la kome makan biskut raya..huhu..SD ni tak de la pandai sangat dalam dunia biskut membiskut nie..maklum aje la saya budak baru belajar.. :). Apapun nak syer juga dengan kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dalam dunia biskut nie..

  • Sebelum membakar biskut, baca dan fahami resipi dan sediakan kesemua perkakasan dan bahan yang diperlukan.
  • Bahan-bahan kering seperti tepung, oat,garam dan soda bikarbonat hendaklan digaul agar dimasuki udara. Bahan-bahan kering harus disukat menggunakan cara dip and level . Masukkan sukatan cawan ataupun sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
  •  Guna sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air minyak dan lain-lain. Disukat pada aras mata.
  • Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengandun, supaya mendapat adunan yang rata.
  • Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
  • Sapukan mentega putih (shortening) pada loyang pembakar. Sapuan mentega dan majerin mudah hangus dan berbekas di loyang pembakar.Kemudian taburkan sedikit tepung dan ratakan ke atas loyang pembakar dan buang lebihan tepung.Boleh lapikkan kertas didalam loyang.
  • Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang.Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai hot spot. Sekiranya biskut cepat masak pada satu hot spot, putarkan loyang pembakar apabila sudah hampir setengah masa waktu membakar.
  • Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit. Masa bergantung kepada ketuhar yang anda gunakan.
  • Dalam setiap resipi, ada di nyatakan masa yang perlu bagi membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan, paras laut dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan timer dan set waktu minima mengikut resepi dan kemudian cuba uji sama ada biskut sudahpun masak.
  • Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan biskut benar-benar sejuk bagi mengelakkan mendapat biskut yang tidak ranggup.
  • Simpan  biskut di berlainan bekas supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang ranggup, simpan di dalam bekas kedap udara.
  • Kebanyakkan biskut dapat dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, lebelkan dengan tarikh sebelum dibekukan.
  • Biskut yang menggunakan mentega adalah lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT