Selamat Datang Ke Syaf Delight

Isnin, 9 Julai 2012

Polkadot yang kedut

Salam semua..semoga ceria-ceria selalu..hari ni SD nak berkongsi pasal cerita polkadot yang kedut..hahaha..Ni cerita dari pengalaman SD membuat polkadot sampai rasa macam serik nak buat pada mulanya..tapi disebabkan comel sangat tak tahan rasanya dari tak membuatnya..SD ni bukanlah pandai pun dalam membuat kuih muih nie..tapi mungkin dari eksperimen SD ni boleh menjadi panduan pada kawan-kawan..membuat apam polkadot ni tak ada la susah mana..yang jadi susah nya pada yang tak ada hati nak buat je..hehe pernah tak apam polkadot yang anda buat jadi mcm nie..

V
V
V
 berlubang-lubang

 Bersarang-sarang..huduh rupanya..hehehe

Kenapa tiba-tiba jadi kecut pulak..hehe


Tak kisah la apam apa yang anda buat ok..

  • Sebaiknya bungkus tudung pengukus dengan kain bersih. Ini mengelakkan dari air wap menitik ke dalam apam
  • Apam jadi berlubang disebabkan gelembung angin jadi ambil lidi dan cucu-cucuk gelembung tu sebelum kita kukus
  • Apam jadi bersarang di sebabkan kita membuka tudung mengukus awal baru kita angkat bekas kukusan..jadi tips nya selepas apam kita masak angkat bekas kukusan sekali dengan tudung pengukus..lepas tu baru buka tudung pengukus..angkat bekas kukusan dengan penutup je tau jangan angkat sekali dengan dengan periuk yang ada air kukusan pulak..tu dah kira kes berat la tu hehe..paham tak tak paham tanya ok..
  • Apam jadi kecut di sebabkan derhaka dengan tok guru..hahaha jangan pandai-pandai ubah resepi ok..jika dalam resepi guna 3 biji telur jangan pulak pandai-pandai letak 4 biji telur..jawapan nya jadi la mcm kat gambar yang diatas..tak caya cuba la..hehehe
Sekian dulu untuk perkongsian kali ni..nanti jika SD terjumpa penemuan baru SD akan update lagi ok.. (",)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT