Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula.
Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut,
roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu
dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse
sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati.
Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan
harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak
membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang
sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan
kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine
granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai
untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila
dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
3. Gula kastor (castor
sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang
paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir
gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama
mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing
sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam
kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan
sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada
digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang
lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat
aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown
sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark
brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih
kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih
halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan
untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan
lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula
melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat
kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya.
Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah
ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan
memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari
gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden
syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa
gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan
sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk
biskut, kek atau pencuci mulut.
8. Gula hitam (treacle
@molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula
dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa
untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
9. Sirap gula (corn
syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara
komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa
perlu membuat sendiri sirap gula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan