Sumber : Google Image
10 Tip Membuat Biskut
1. Gunakan bahan-bahan
mentah yang terbaik supaya mendapat produk yang bagus. Umpamanya gunakan tepung
biskut seperti Red Rose dan lain-lain. Jika sukar didapati, boleh gunakan
tepung gandum biasa.
2. Jika menggunakan
kekacang dalam adunan biskut, ia hendaklah dibakar dahulu.
3. Jika mencairkan
coklat masakan, hati-hati jangan dimasuki air kerana akan menyebabkan coklat
lambat set (beku).
4. Mentega hendaklah
dilembutkan supaya mudah dipukul bersama gula.
5. Panaskan ketuhar 15
minit sebelum membakar biskut. Bakar biskut pada suhu 180 darjah celcius selama
lebih kurang 20 minit.
6. Tepung dimasukkan
akhir sekali dan gaul dengan tangan hingga menjadi doh lembut dan basah.
7. Jika lembik tambah
sedikit tepung lagi dan simpan petisejuk 20 minit.
8. Jika doh kering dan
berderai, maknanya ia kekurangan mentega. Putar sedikit majerin dan gaul dengan
doh tadi hingga cukup basah.
9. Simpan doh dalam
beg plastik supaya tidak kering.
10.Sejukkan biskut
terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas plastik (container)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan