Baru-baru ini seorang pengunjung blog saya dari Australia
bertanyakan tentang whipping cream atau dalam bahasa Melayunya krim segar/krim
putar/krim pukul. Beliau mengatakan whipping cream yang telah diputar tidak
berapa kembang tetapi berair dan tidak cantik disapukan pada kek.
Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat 2 jenis krim putar iaitu Dairy Whipping Cream dan Non-Dairy Whipping Cream For Topping .
Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat 2 jenis krim putar iaitu Dairy Whipping Cream dan Non-Dairy Whipping Cream For Topping .
Sumber :Google Image
Dairy
Whipping Cream adalah merupakan
hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam
masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk
aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan
sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam
masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti
Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini
bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.
Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau
Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang
saya telah jelaskan diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh
didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Sumber: Google Image
Sumber: Google Image
Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.
Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak megandungi
bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip
menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah
kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini
boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding
krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan.Warnanya putih bersih
dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan.
Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan
hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan.Ia tahan seminggu jika disimpan dalam
peti sejuk. Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs,
Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk
(krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental.
Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada
kek.Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan
gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan