Membuat biskut
tidaklah susah jika kita faham kaedah membuatnya dengan betul. Kebanyakan
biskut menggunakan kaedah mengkerim dimana mentega dan gula dipukul hingga
kembang dan berkerim barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Akhir
sekali masukkan tepung kedalam adunan tadi lalu digaul hingga menjadi doh yang
lembut.
Lain-lain perkara yang
perlu difahami ialah :
1. Kita boleh membuat
biskut dengan menggunakan mentega tulin, mentega lepa susu (cnth Buttercup),
majerin dan juga shortening iaitu lemak sayuran bewarna putih. Tetapi untuk
mendapatkan rasa yang lebih sedap, eloklah menggunakan mentega. Anda boleh
mencampurkan mentega dengan majerin atau shortening.
2. Untuk membuat
biskut, anda boleh gunakan tepung serbaguna atau tepung protin rendah seperti
Red Rose, tepung cookies atau tepung superfne.
3. Masa membakar
biskut adalah lebih kurang 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.
4. Untuk mengelakkan biskut
melekat pada tin pembakar, griskan dengan sedikit majerin atau gunakan kertas
patchment untuk mengalas tin pembakar.
5. Setelah adunan
diuli menjadi doh yang lembut, masukkan ke dalam beg plastik dan simpan dalam
peti sejuk selama 20 minit agar doh menjadi mantap dan mudah dicanai.
6. Apabila menyusun
doh biskut atas tin pembakar, jarakkan agar ia tidak terlalu rapat dan
memudahkan ia mengembang.
7. Tahukah anda bahawa
doh biskut boleh disimpan beberapa hari didalam peti sejuk. Ini memudahkan anda
kerana tidak perlu membancuh doh setiap hari. Apabila hendak digunakan,
keluarkan ia dari peti sejuk beberapa jam agar ia lembut pada suhu bilik dan
canailah seperti biasa.
7. Biskut yang telah
masak, hendaklah sudah cukup sejuk, baru disimpan didalam bekas kedap udara.
8. Biskut tahan tiga
bulan walaupun tanpa mengunakan pengawet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan