Terdapat 3 jenis bahan
penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih.
Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga
dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di
pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan
meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.
Bahan penaik (Baking Powder) yang
paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik
iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking
powder).Jenis biasa digunakan
dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau
kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih
kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.
Soda bikarbonat pula
sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti
menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri
buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan
bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan
menaikkan kek/kuih apabila dimasak.
Serbuk krim tartar
agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim
tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia
bersifat asid.
Biasanya serbuk ini
dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau
membuat kek keju bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan