Selamat Datang Ke Syaf Delight

Sabtu, 24 November 2012

Potato Croquette

Selamat pagi..dah lama tak upload program main masak-masak dalam blog nie..hehehe almaklum je la sekarang banyak kerja nak diselesaikan..ok tak nak bebel panjang-panjang meh nak syer satu resepi yang memang best..senang je nak buat paling best makan masa potato nie masih panas-panas cicah dgn sos sambil tgk tv..dah abis pun tak sedar..hehehe (",)

 cuba tengok gambar nie betul-betul sedap tak..hehehe kalau rasa sedap nak try buat jom kita tengok pulak apa bahan-bahan nya..(",)

4-5 biji kentang- direbus dan dikupas kulit,macam gambar kat bawah nie..gebu tak..hehehe
 
 lepas dah kupas kulit..lenyek-lenyek sampai jadi macam gambar kat bawah nie pulak..

 ok untuk bahan-bahan lain nya

 1/2 ulas bawang besar di potong dadu
2-3 helai daun sup & daun bawang- hiris nipis-nipis..(tak nak letak pun tak pe)
2 sudu besar cream cheese..letak lebik lagi sedap..(tak nak letak pun tak pe)

 selain tu kalau nak sedap boleh juga tambah 
150g daging cincang- lembu/ ayam..saya guna daging buger je..nak habiskan stock lebih kurang 4 keping

 untuk nak bagi perasa lagi pada daging tu..masuk kan sedikit lada putih & lada hitam dan sedikit garam..gaul bersama daging bagi mesra-mesra gitu..lepas tu letak tepi..

panas kan 1 sudu besar mentega/majerin..apabila sudah cair masukkan bawang yang telah dipotong dadu..tumis sehingga bawang bau wangi..kemudian masuk kan daging cincang tadi..goreng sampai daging tu masak..

 selepas daging yang di goreng masak..tutup api..angkat daging tu dan terus masuk ke dalam bekas yang berisi kentang lenyek..masuk kan juga daun sup dan bawang serta cream cheese..gaul semuanya sehingga sebati 

 setelah siap di gaul..ambil sedikit kentang tadi dan kepal-kepal menjadi bulat-bulat macam yang dalam gambar nie..nanti! belum best lagi untuk di makan..jom kita ke peringkat seterusnya..

 dalam mangkuk bersih..letak sedikit tepung gandum..ambil sebiji potato yang sudah di kepal-kepal tadi golek-golek atas tepung tu ye..buat sampai habis

 2 biji telur ayam..basuh dulu tau..buang lukisan-lukisan yang ada dekat kulit tu..bagi bersih-bersih ok..
pecahkan dalam pinggan dan pukul sampai jadi mcm gambar kat bawah nie..

 ambil potato yang di golek-goleh atas tepung..celup pulak dalam telur yang telah di pukul tadi..
kemudian..

 golek pulak atas orange bread crumbs..sampai la jadi macam gambar yang kat bawah nie..
kalau tak ada bread crumbs nie..boleh juga bland roti kering sampi jadi serbuk..

 setelah semua nya siap..boleh la di goreng..yang lebih-lebih tu boleh masuk kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk..lain kali nak makan boleh ambil terus goreng je..kan senang tu..hehehe (",)

sekian dulu buat masa ni..nanti kita main masak-masak lagi ok..(",)

" Selamat mencuba..dah try jangan lupa bagi komen dalam entry FB atau blog saya ok..(",)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT