Selamat Datang Ke Syaf Delight

Khamis, 22 November 2012

Mengenai Whipping Cream

Sumber : Kak Wan

Whipping Cream, masih keliru dengan kedua-dua cream ni??. Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, desert, ice cream & topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan.

  sumber : google

1) Wipping Topping cream @ dipanggil Non-diary Whip Cream

Kandungan : Minyak kernel sawit, sirap jagung (baca pada kotak tiada kandungan lemak dari susu)
Tekstur : Mudah kental apabila dipukul, mengembang 2kali ganda dan rasanya manis
Kegunaan: Sebagai topping atau filling untuk kek continental seperti Black Forest , Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain
Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer) tahan 1 bulan selepas di buka
Jenama : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana saya boleh mencarinya : Dikedai-kedai bakery, dipasaraya jarang didapati

Sumber : Google

2) UHT Whipping Cream @ dipanggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Kandungan : Pepejal Susu
Tektsur : Lebih pekat dari susu segar (UHT Full cream) tidak mengembang apabila di pukul dan rasanya tawar
Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramitsu, Mouses, Dessert, Ice cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping cake)
Kaedah penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan. Tahan 1 minggu selepas dibuka
Jenama Dipasarkan : Anchor, Embong, Pauls, Shani, Geenfields & Bridel
Dimana saya boleh mencarinya : Dikedai-kedai bakery, dipasaraya jarang didapati


"Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda (",)"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT