Sumber : Resepidiana
Pertama :Sebenarnya mix fruit tu diayak dengan sedikit tepung (2-3 sudu
besar - jgn ambil tepung yg 600g tu, ambil yg lain). Ini untuk elakkan dari mix
fruit tu berat dan mendak ke bawah adunan bila dikukus. Ada orang suka jemur,
terpulanglah. Mix fruit tu kalau ada yg besar, potonglah kecil sedikit supaya
nampak cantik sikit. Kalau ada masa lapang, cubalah.
Kedua :Aluminium foil tu
ditutup pada permukaan mulut tin. Jangan tuang adunan terlalu penuh, cukup
sekadar setengan tin kerana kek akan naik dan bahagian atasnya akan melekat
pada aluminium foil nanti. Ada orang suka menggunakan plastik, terpulanglah
mana yg elok.
Ketiga :Saya tak pasti
masanya untuk memukul telur dan gula, selalu saya pukul sehingga adunan tu
berbuih dan naik 2 x ganda dari asalnya. Mentega tak payah dikembangkan.
Keempat :Kalau nak warnanya gelap sikit, waktu masak gula hangus tu,
biarkan sedikit coklat tapi jangan gelap sangat nanti rasa hangit pulak.
Kemudian barulah dituang sedikit air. Kena hati2 jangan terpercik tangan
sudahlah.
Kelima :Gula hangus tu
memang cepat mengeras, jadi kena handle betul-betul. Ada orang kata kena buat 2
orang satu tuang, satu gaul cepat2. Tapi mana nak cari orang, anak semua
kecil2, kenalah buat sorang-sorang.Bila saya masak gula hangus tu, nampak
gulanya dah bertukar coklat, letakkan 2 sudu besar air biasa, kacau rata
cepat2, terus masuk dalam adunan sebelah tangan, sebelah tangan lagi siap
pegang senduk dan gaul cepat-cepat. Penatlah sikit. Make sure kalau anda sedang
dalam keadaan berdiri, dekatkan besin tu dekat dgn badan anda, supaya dapat
menahan besin tu bila kita tengah kacau cepat2. Don’t worry sangat kalau ada yg
tak sempat tergaul rata. Nanti dia akan cair waktu dikukus.
Keenam : (Jawapan utk soalan ngapa buah jatuh ke bawah.)Setahu saya 1) buah2an
tu digaul dgn tepung atau dijemur supaya ianya tak basah, ini sebabnya ia berat
dan mendap ke bawah. 2) Air kukusan mesti mendidih waktu nak masuk kek, 3)
acuan jangan terhentak, ya. Kalau air kukusan tak cukup panas, buah2an akan
mendak ke bawah. ‘Steam’ dari air panas tu menolak naik buah-buahan, ia takda
can nak duduk di bawah. Lagi satu perkara, 4) selalu masuk buah2an 2nd last
kemudian gula hangus dan cepat2 gaul dan masuk dalam acuan, tutup aluminium
foil, dan kukus. 5) Tambah air panas mendidih setiap 1 atau 2 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan