Sumber : Hajah Noraini Bt Zakaria
Tentu ramai yang
menggemari Kek Tiramisu. Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari
sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu
berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi
sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di
kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an
ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu,
ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.
Apakah bahan yang
menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan-bahan asas untuk tiramisu ialah
telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi
ekspresso,likuer (brandi,marsala,rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk
hiasan. Bagaimanapun, sebagai pengguna Islam , kita tidak boleh memasukkan
likuer ke dalam kek ini kerana arak adalah haram disisi Islam. Untuk
menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada,
tinggalkan saja bahan tersebut. Dari pengalaman saya membuat kek
tiramisu,keenakan kek ini tidak terjejas walaupun tidak menggunakan likuer.
Justeru itu, saya ingin menasihati para pengguna (blogger) semua agar
berhati-hati apabila membeli kek ini dari bakeri atau kafe milik bukan Islam
kerana kemungkinan besar mereka memasukkan likuer ke dalam kek ini.Adalah lebih
baik lagi afdal jika anda boleh menyediakan sendiri kek ini untuk hidangan
keluarga anda.Di tanggung halal !
Mascarpone digunakan
dalam membuat kek tiramisu jika mengikut resipi asal. Ia adalah sejenis keju
"triple cream" dan bewarna putih krim. Ia lebih bermutu dari krim
keju biasa dan harganya lebih mahal.Bagaimanapun, ia sukar didapati di pasaran
tempatan. Jadi sebagai bahan gantian, anda boleh gunakan Krim Keju
Philadelphia. Untuk memberikan rasa yang sama seperti Mascarpone, krim keju
perlu dicampur dengan 3 sudu besar krim masam(sour cream) dan 2 sudu besar krim
putar.Gaulkan kesemuanya hingga sebati.Lady Fingers adalah sejenis kek span yang
berbentuk jejari. Anda boleh membuat sendiri kek ini atau membelinya dari
pasaraya atau kedai-kedai menjual bahan kek. Saya jarang menggunakan lady
fingers tetapi menggunakan kek span berperisa kopi. Lebih menjimatkan kos.
oh, saya pun selama ini ingat kek ni Jepun yang cipta.
BalasPadamPetua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah