Sumber : google
Marjerin
Marjerin adalah bahan gantian kepada mentega
kerana harganya yang lebih murah. Ia diperbuat daripada lemak sayuran ataupun
lemak haiwan. Di negara kita, marjerin diperbuat dari minyak kelapa sawit,
garam, air,pewarna, perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan
tidak mengandungi lemak susu. Bagi kebanyakan industri bakeri, mereka
mengunakan marjerin untuk menjimatkan kos dan menambah perisa seperti butteroil
dan lain-lain supaya rasanya sama seperti menggunakan mentega. Saya juga
kadangkala mencampurkan marjerin dan mentega tulin bagi mendapatkan rasa
seperti mentega untuk membuat kek dan juga biskut. Kek mentega yang menggunakan
campuran dua bahan ini elok gebunya dan kurang berminyak jika dibandingkan
dengan menggunakan majerin 100 peratus. Untuk membuat krim mentega sejenis
marjerin bernama krimwell digunakan. Ia bewarna putih dan sesuai dicampurkan
dengan mentega untuk membuat krim ini.
Panduan Penyimpanan
Marjerin tidak perlu disimpan di dalam peti
sejuk kerana ia keras pada suhu bilik. Marjerin yang telah dibuka hendaklah
disimpan di dalam bekas bertutup rapat bagi menghindarkan ia menyerap bau-bauan
dari makanan lain. Letakkan ia dalam almari yang kering dan dingin. Jangan
simpan di tepi dapur atau tempat panas kerana ia akan cair.
Sumber : Google
Shortening
Shortening adalah lemak sayuran putih yang
berkalori tinggi dan tidak mengandungi karbohidrat atau protin. Ia bewarna
putih dan sering digunakan dalam pembuatan pastri, roti,krim mentega dan
lain-lain. Shortening jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ia ada digunakan
sedikit dalam pembuatan biskut. Anda perlu berhati-hati apabila membeli lemak
putih ini kerana ada sejenis lemak putih yang dinamakan LARD adalah diperbuat
dari lemak babi.Cara penyimpanan adalah sama dengan marjerin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan