Apabila membuat kek samada kek mentega, kek
span atau kek lapis, kadangkala anda menghadapi masalah seperti kek anda
kering. Banyak faktor mengapa kek itu kering tidak lembap seperti yang anda
inginkan.Antara faktornya ialah:
1. Bahan-bahan tidak disukat betul
Kadangkala penimbang jenis spring yang kita gunakan tidak berfungsi dengan betul. Ini menyebabkan sukatan menjadi tidak tepat. Umpamanya tepung menjadi berlebihan ataupun kekurangan cecair dalam adunan kek. Oleh itu, saya menyarankan anda menggunakan penimbang jenis digital kerana timbangannya lebih tepat. Harganya dalam lingkungan RM120 dan boleh dibeli dari kedai-kedai menjual bahan kek. Walaupun harganya sedikit mahal dari penimbang jenis spring, tetapi berbaloi menggunakannya. Anda hanya perlu tukarkan baterinya sahaja dalam masa 2 - 3 tahun sekali.
2. Perbezaan bahan-bahan mentah
Bahan-bahan mentah memainkan peranan yang penting dalam pembuatan kek, kuih-muih atau biskut. Dari bahan-bahan asas seperti mentega, gula, tepung dan telur maka terhasillah sesuatu produk itu.Samada kek anda lembut dan lembap atau kasar dan kering bergantung kepada bahan-bahan yang anda gunakan. Dari pengalaman saya membuat kek mentega,penggunaan mentega tulen seperti Golden Churn lebih menghasilkan kek yang lebih lembap kerana kandungan airnya yang lebih berbanding mentega lepa susu seperti Buttercup. Jika saya menggunakan Buttercup, kek lebih kering dan saya terpaksa menambahkan sedikit air susu ke dalam adunan kek itu agar ia lembap.

Penggunaan tepung seperti tepung gandum ,
tepung kek dan tepung hong kong juga menghasilkan perbezaan dari segi tekstur
dan kelembapan kek anda.Jika anda membuat kek lapis atau lain-lain kek
menggunakan tepung gandum biasa (all purpose) kek akan lebih kasar, keras atau
lebih kering. Oleh itu seelok-eloknya gunakan tepung kek atau superfine untuk
membuat kek biasa dan untuk kek lapis sebaiknya gunakan tepung hong kong kerana
ia lebih halus.
Penggunaan telur juga memainkan peranan kerana telur membekalkan cecair kepada adunan kek bagi menjadikan ia lembap. Semua resipi dalam buku Variasi Kek Lapis menggunakan telur gred A. Jika anda menggunakan telur gred B, tambahkan 2 biji extra kerana gred B saiznya lebih kecil. Jika anda tidak menambahkan telur, maka adunan kek kekurangan cecair dan menjadikan ia kering apabila masak.

3. Mengubah kuantiti
bahan
Ada sesetengah orang yang suka mengubah
kuantiti bahan yang telah ditetapkan dalam resipi.Jika dalam resipi menghendaki
10 biji telur, tapi dia gunakan 9 saja. Jika dalam resipi 100 gm susu pekat,
dia kurangkan 50 gm saja, kononnya nak jimat. Jangan amalkan sikap sedemikian
kerana anda tidak akan mendapat hasil yang sepatutnya kerana bahan-bahannya
telah dikurangkan. Dalam buku Variasi Kek Lapis, semua resipi telah diuji di
dapur (kitchen tested) jadi anda boleh yakin dengan resipi-resipi tersebut.
Anda perlu cuba resipi yang asal dahulu, kemudian barulah anda boleh ubahsuai
mengikut citarasa anda.
4. Suhu ketuhar
Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis oven.
Ada untuk kegunaan domestik dan ada untuk komersil. Jadi setiap oven adalah
berlainan. Biasanya untuk membakar kek seperti mentega atau span suhunya ialah
180 darjah celcius dan memakan masa 45 minit - 1 jam. Tetapi untuk kek lapis,
suhu yang biasa saya gunakan untuk oven saya ialah 150 darjah celcius. Kek
menjadi kering kemungkinan kerana suhu oven tidak sesuai seperti terlalu panas
ataupun dibakar terlalu lama. Bagi kek lapis, masa membakar adalah singkat (5-7
minit) kerana ia nipis. Jika dibakar terlalu lama ia akan menjadi kering.
Kesimpulannya, anda perlu sesuaikan oven anda dengan jenis kek ,suhu dan tempoh
masa yang paling sesuai untuk kek anda.
5.Penyimpanan
Kek yang baru keluar dari oven memang kering
kerana masih lagi panas.Sebaik-baiknya sejukkan kek anda semalaman dan
keesokannya barulah dipotong. Ini untuk memberi peluang kepada kek menyerap
lembapan udara dan mengeluarkan minyak bagi melembapkan kek tersebut. Ataupun
setelah kek anda disejukkan beberapa jam, balutkan ia dengan aluminium foil dan simpan semalaman. Keesokannya ia tentu
akan menjadi lembap.Lagi satu kek jangan didedahkan kepada udara persekitaran
terlalu lama kerana ia akan kering.Hidangkan yang hendak dimakan sahaja. Jika
lebih, bungkus dengan aluminium foil atau plastic wrap dan simpan dalam bekas kedap udara.
Jadi, apakah penyelesaiannya jika kek kering?
Penyelesaian secara ad hoc ialah anda balutkan
kek dengan alumnium foil dan simpan semalaman,esoknya baru dimakan.
Penyelesaian jangka panjang ialah tambahkan sedikit air susu (jika kek mentega)
dalam resipi anda. Untuk kek lapis, sila semak maklumat diatas dan buat
pembetulan.Anda juga boleh menambahkan kandungan susu pekat atau mengurangkan
kandungan tepung dalam resipi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan