Selamat Datang Ke Syaf Delight

Isnin, 11 Jun 2012

Begedil Ayam

Salam semua..dikesempatan yang ada ni SD nak syer resepi Begedil Ayam yang simple tapi sedap..hehehe. Teringat masa zaman-zaman belajar kat Negeri Sembilan dulu..first time rasa begedil terus jatuh hati..jadi kali nie nak syer buat begedil..mudah je..semudah 1 2 3.. :-)



Bahan-bahan

6 ketul kentang saiz sederhana (kupas kulit)
200g ayam cincang (di goreng sedikit)
1 Tangkai daun sup (dihiris nipis)
1 Tangkai daun bawang (dihiris nipis)
4 ulus bawang merah (dihiris dan digoreng)
garam secukup rasa
2 biji telur
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya :-

1. Potong kentang kepada 3 atau 4 bahagia dan kukus sehingga isinya empuk. Angkat, lenyek sampai hancur semuanya

2. Masukkan isi ayam, daun sup, daun bawang, bawang goreng, dan garam. Gaul biar semuanya mesra.

3. Uli bulat-bulat dan tekan sedikit.

4. Panaskan minyak, pecahkan telur didalam mangkuk yang lain dan pukul sedikit.Apabila minyak sudah panas, celup begedil tadi dan masukkan kedalam kuali.Goreng sehingga kekuningan


Boleh dimakan dengan sos cili begitu saja atau dengan nasi..selamat mencuba.. (,") 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT