Selamat Datang Ke Syaf Delight

Selasa, 1 Januari 2013

Almond Cake

Assalamualaikum..hmm dah lama tak syer resepi kan..ok kali ni SD nak syer satu resepi yang memang best..kek nie saja cuba-cuba buat tapi hasilnya bukan je lembut tapi gebus-gebus gitu..hehehe..ape tunggu lagi siapkan pen dan kertas salin bahan-bahannya ok..(",)

Bahan-Bahan :-
125 majerin
125 mentega
 230 gula halus
5 biji telur ayam
30ml susu cair
1 sdb essen vanilla
250 tepung kek
1/2 sdk baking powder
50 g almond nib (panggang dulu)

Cara-Cara :-
1. pukul majerin + mentega & dan gula sampai kembang dan gebu..kemudian masukkan susu..
2. selepas itu masukkan pula telur satu persatu dan essen vanila..pukul sampai bancuhan tadi sebati
3. masukan tepung + baking powder..pukul sampai adunan menjadi sebati dan pekat..
4. last sekali masukkan almond nib yang di panggang kedalam aduan tadi..gaul dengan senduk sampai semuanya sebati..
5. masuk ke dalam loyang kek yang di sapa dgn sedikit majerin
6. bakar dalam suhu 160 darjah selama lebih kurang 30 minit atau sehingga kek betul-betul masak

Dan hasilnya tadaaa!!..kek yang lembut dan memang best samada kek ni dimakan masa masih panas-panas atau pun dah sejuk..tetap lembut dan gebu je..Ok Selamat Mencuba..(",)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT