Selamat Datang Ke Syaf Delight

Ahad, 6 Mei 2012

Apam Marble

Salam semua pagi nie SD nak syer apam marble..yang mudah dan ringkas..boleh di jadikan sarapan pagi atau petang..Selamat Mencuba..


Bahan-Bahan
300g            Tepung Superfine/Tepung Gandum*
1/1/2 Sdk     Baking Powder*
220g            Gula-kisar halus
3 biji            Telur grad A
1/2Sdb        Ovallate
250 ml         Susu Cair
1 Sdk           Esen Vanilla
Sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
1.  Panaskan air dalam kukusan, siapkan acuan apam.Ayak bahan yang bertanda *
2.  Guna Mixer, pukul telur + gula + ovallate + essen vanilla = kembang selama 7-10 minit (kelajuan sederhana)
3.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair, sambil gaul rata menggunakan spatula. 
4.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
5.  Sudukan kedalam acuan berselang seli sehingga paras penuh
6.  Kukus dengan api sederhana kuat selama 15 minit.

**Tips :- Semasa mengukus, lapik/ bungkus tudung periuk dengan kain/tuala bersih dan jangan buka tudung periuk selama mengukus.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT