Selamat Datang Ke Syaf Delight
Memaparkan catatan dengan label Tips dan Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips dan Panduan. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Disember 2012

Sumber Rujukan

Ok entry kali nie SD nak syer beberapa buku yang boleh di jadikan panduan kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia baker nie..kebanyakkan buku nie SD beli secara online je..lebih mudah..pada kawan-kawan yang tercari-cari boleh jalan-jalan ke web nie ok..banyak sumber ilmiah yang boleh kita beli di sana..


Antara Kedai Buku Online yang boleh anda lawati :-

Synergy Media

Kedai Buku Online

Buku Popular

Isnin, 19 November 2012

20 Amalan Murah Rezeki



Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.

Isnin, 25 Jun 2012

Panduan Meletakkan Harga Untuk Kek/Biskut/Lauk Pauk yang ingin di jual

Sumber : google 

Seronok sebenarnya bila tengok orang melayu berniaga..pada kawan-kawan yang baru nak memulakan perniaggaan kecil-kecilan, disini SD ingin berkongsi panduan untuk meletakan harga pada hasil kerja kita..tambahan raya dah tak lama lagi..pasti ramai yang tengah sibuk nak cari resepi-resepi yang best the best untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan..jadi panduan ini mungkin boleh membantu .. ; -)

SEBELUM MELETAK HARGA

1.  Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).
2.  Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan.
3.  Tanyalah kawan-kawan yang sudah ada pengalaman bila anda rasa curiga berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.

*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik pelanggan.  Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan "Hari itu Cik A ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?"  Pelanggan bila merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang mereka harapkan akan dapat membelinya.


FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT


1.  Untuk sesuatu resipi yang digunakan, listkan semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat resipi tersebut.  Sebagai contoh SD lampirkan list yang telah digunakan untuk resipi Carrot Cake.2 adunan resipi ini menghasilkan 8 loyang bulat.

Harga barang yang diperlukan

Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg  = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00

JUMLAH KESELURUHAN RM35.00

2.  Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 - 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan.  Sebagai contoh Carrot Cake ini SD menggunakan 1.3.

Formula

RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)

RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50

Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (+-)

So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10


Ratio yang SD berikan dari 1.3 - 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan.  Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 - 2.2.  Jangan terlalu letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt akan dapat pada semua.


MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT YANG DIHASILKAN

1.  Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan.  Macam kita shopping kat mall tu.  Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.

2.  Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-

Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321

Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol.  Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap.  Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.

3.  Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan.  Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada prospective pelanggan.

4.  Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa.

5.  Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi presentation dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek.  Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.

Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya.  Berikanlah resipi tersebut lagipun resipi itu dikongsi di Cari.com & Resipi.Net ini dengan ikhlas dari semua.

Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat.  Begitu juga dengan mereka.  Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda lagi bertambah.  Kita tidak tahu tapi Allah tahu.  

Sabtu, 23 Jun 2012

Bagaimana memulakan perniagaan kecil-kecilan

Sumber Google

1. Dapatkan ilmu
Sebelum memulakan sesuatu, kita hendaklah mendapatkan ilmu tentang bidang yang ingin kita ceburi. Jika anda berminat menjalankan perniagaan kek , belajarlah dari orang yang berpengalaman atau institusi yang berkaitan. Banyak tempat dimana anda boleh belajar membuat kek. Saya sendiri walaupun telah mengikuti pelbagai kursus, tetapi masih lagi berminat untuk belajar. Pendekata, proses pembelajaran jangan terhenti walaupun kita sudah pandai membuat kek. Mungkin ada idea-idea baru yang belum kita pelajari. Memanglah memerlukan wang, tetapi ilmu yang dipelajari akan mendatangkan lebih wang kepada kita.Ada seorang rakan saya yang sanggup mengeluarkan RM1000 untuk belajar membuat roti selama 1 hari dari seorang pakar. Pelaburannya tidak sia-sia kerana beliau kini mengusahakan perniagaan roti dari bengkel belakang rumahnya.

2. Mempraktikkan ilmu
Selepas kita mendapat ilmu, sekarang praktikkan apa yang dipelajari. Ada sesetengah orang, selepas belajar, terus notanya disimpan dalam almari. Jadi ilmu itu menjadi sia-sia.Cuba buat resipi yang dipelajari. Mungkin cubaan pertama kurang menjadi. Jangan cepat berputus asa, cuba lagi hingga anda berpuas hati dengan kek yang anda hasilkan. Bila kita hendak mula menjual, pastikan mutu kek itu memuaskan. Samada dari segi rupabentuk mahupun rasanya. Alkisah pengalaman kawan saya yang membeli kek lapis sarawak dari seorang penjual .Harganya satu biji RM90.00.Tengok dari gambar memang cantik.Apabila melihat kek yang dihantar, masyaallah tak menjadi seperti dalam gambar. Pelanggan tidak berpuashati dengan si penjual,mengutuk lagi di belakang. Jadi ini satu promosi yang tidak baik. Pastikan pelangan anda berpuashati dengan barangan yang dijual. Promosi mulut ke mulut adalah sangat berkesan.

3. Promosi
Untuk permulaan, promosi anda berkisar pada orang-orang disekeliling anda. Anda hendaklah bermulut manis (hatipun mesti baik) kepada jiran-jiran, rakan-rakan dan saudara-mara.Jangan lokek untuk menghadiahkan sebiji kek kepada jiran yang membuat kenduri atau membawa beberapa biji kek pulang ke kampung semasa hari raya. Pendekata anda hendaklah menjadi orang yang pemurah dengan memberi kek percuma kepada orang-orang di sekeliling anda. Jika sedap, pasti mereka akan membuat tempahan. Tentang harga, kek anda hendaklah lebih murah dari kek orang lain atau dikedai. Maklumlah harga kawan-kawan. Tetapi pastikan masih ada untung. Untuk promosi juga, anda boleh mencetak flyers yang menyatakan perniagaan anda dan hantar ke rumah-rumah di kawasan kejiranan anda.Jika ada internet,anda boleh membuat blog sendiri untuk mengiklankan produk anda.

4. Menjaga Pelanggan
Setelah anda mendapat tempahan, berusahalah memenuhi tempahan tersebut. Misalnya jika pelanggan hendak kek 2 kilo, sedangkan anda tiada tin yang besar,berusahalah mencarinya. Jika pelanggan hendak esok, berusahalah membuatnya.Kepercayaan pelanggan sangat penting. Jika mereka sudah percaya kepada anda , tempahan akan bertalu-talu datang.

5. Sikap yang Positif
Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini.Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

6. Peralatan yang cukup

Walaupun perniagaan itu secara kecil-kecilan, peralatan sangat penting bagi mendapat produk yang bagus. Sekurang-kurangnya anda perlu ada ketuhar dan pengadun (mixer) yang bagus.Pembungkusan juga penting bagi menunjukkan kepda pelanggan bahawa anda serius dalam perniagaan ini.Jika berniaga biskut, isikan dalam bekas yang bersesuaian dan letakkan label perniagaan anda.

7. Mendaftarkan perniagaan
Setelah anda yakin dengan potensi perniagaan ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda dengan pendaftar perniagaan. Kemudian bolehlah mengikuti kursus-kursus keusahawanan anjuran MARA dan agensi-agensi yang lain. Seterusnya anda boleh membuat pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda.

Kesimpulan, kejayaan tidak akan dikecapi dalam masa yang singkat. Anda perlu bersabar menghadapi sebarang masalah dan jangan cepat berputus asa. Tingkatkan ilmu dari segi produk atau pengurusan perniagaan seperti membuat akaun dan sebagainya. Salah satu kelemahan usahawan kita ialah cepat sangat berpuas hati dan tidak mahu menambahkan ilmu sedangkan ilmu dalam apa bidangpun sentiasa berkembang. Oleh itu, berusahalah untuk mencapai apa yang anda impikan. Tidak mustahil, impian akan menjadi kenyataan.

Asal-usul Tiramisu


Sumber : Hajah Noraini Bt Zakaria


Tentu ramai yang menggemari Kek Tiramisu. Tiramisu bermaksud 'pick me up" dan berasal dari sebuah bandar kecil iaitu Treviso, Itali. Mungkin ramai yang menyangka Tiramisu berasal dari Jepun kerana bunyinya yang seakan-akan perkataan Jepun.Tetapi sebenarnya ia dicipta di Itali dan menjadi pencuci mulut yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung restoran di negara tersebut. Pada tahun 1970 an ia pertama kali di perkenalkan di San Francisco, Amerika Syarikat dan sejak itu, ia menjadi popular di Amerika dan diseluruh dunia.

Apakah bahan yang menyerlahkan keenakan kek tiramisu ini? Bahan-bahan asas untuk tiramisu ialah telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso,likuer (brandi,marsala,rum), gula, serbuk koko dan coklat parut untuk hiasan. Bagaimanapun, sebagai pengguna Islam , kita tidak boleh memasukkan likuer ke dalam kek ini kerana arak adalah haram disisi Islam. Untuk menggantikan likuer,kita boleh menggunakan ekstrak badam atau jika tiada, tinggalkan saja bahan tersebut. Dari pengalaman saya membuat kek tiramisu,keenakan kek ini tidak terjejas walaupun tidak menggunakan likuer. Justeru itu, saya ingin menasihati para pengguna (blogger) semua agar berhati-hati apabila membeli kek ini dari bakeri atau kafe milik bukan Islam kerana kemungkinan besar mereka memasukkan likuer ke dalam kek ini.Adalah lebih baik lagi afdal jika anda boleh menyediakan sendiri kek ini untuk hidangan keluarga anda.Di tanggung halal !

Mascarpone digunakan dalam membuat kek tiramisu jika mengikut resipi asal. Ia adalah sejenis keju "triple cream" dan bewarna putih krim. Ia lebih bermutu dari krim keju biasa dan harganya lebih mahal.Bagaimanapun, ia sukar didapati di pasaran tempatan. Jadi sebagai bahan gantian, anda boleh gunakan Krim Keju Philadelphia. Untuk memberikan rasa yang sama seperti Mascarpone, krim keju perlu dicampur dengan 3 sudu besar krim masam(sour cream) dan 2 sudu besar krim putar.Gaulkan kesemuanya hingga sebati.Lady Fingers adalah sejenis kek span yang berbentuk jejari. Anda boleh membuat sendiri kek ini atau membelinya dari pasaraya atau kedai-kedai menjual bahan kek. Saya jarang menggunakan lady fingers tetapi menggunakan kek span berperisa kopi. Lebih menjimatkan kos.

Jenis-Jenis Tepung MFM Dan Kegunaannya

Tentu ramai yang nak tau jenis tepung keluaran MFM dan kegunaannya kan?,bukan nak promote tapi sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan yang mungkin memerlukan..maklumat nie SD ambil dari website MFM sendiri..

Jenis-Jenis Tepung keluaran MFM untuk kegunaan industri


Jenis-Jenis Tepung Dan Kegunaannya






Sabtu, 9 Jun 2012

Khasiat Koko

Google Image

Sumber : Berita Harian 

Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan boleh kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat.Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walaubagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanana yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2% dan 0.1% dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas.Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah bauk dengan  adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukkan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk Soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium, dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.

Kesan Antioksida poliphenol dalam koko :

  Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti Flavonoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavon-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin.Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakkan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :

  Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengabilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavonoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :

  Daripada kajian terhadap tikus,menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan  tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :

  Penuaan adalah salah satu proses yang mengakinatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5-10tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida . Kajian yang dijalankan oleh jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Bostom U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat.Ini wujud polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat :

   Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT