Selamat Datang Ke Syaf Delight
Memaparkan catatan dengan label Resepi - Santapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi - Santapan. Papar semua catatan

Sabtu, 24 November 2012

Potato Croquette

Selamat pagi..dah lama tak upload program main masak-masak dalam blog nie..hehehe almaklum je la sekarang banyak kerja nak diselesaikan..ok tak nak bebel panjang-panjang meh nak syer satu resepi yang memang best..senang je nak buat paling best makan masa potato nie masih panas-panas cicah dgn sos sambil tgk tv..dah abis pun tak sedar..hehehe (",)

 cuba tengok gambar nie betul-betul sedap tak..hehehe kalau rasa sedap nak try buat jom kita tengok pulak apa bahan-bahan nya..(",)

4-5 biji kentang- direbus dan dikupas kulit,macam gambar kat bawah nie..gebu tak..hehehe
 
 lepas dah kupas kulit..lenyek-lenyek sampai jadi macam gambar kat bawah nie pulak..

 ok untuk bahan-bahan lain nya

 1/2 ulas bawang besar di potong dadu
2-3 helai daun sup & daun bawang- hiris nipis-nipis..(tak nak letak pun tak pe)
2 sudu besar cream cheese..letak lebik lagi sedap..(tak nak letak pun tak pe)

 selain tu kalau nak sedap boleh juga tambah 
150g daging cincang- lembu/ ayam..saya guna daging buger je..nak habiskan stock lebih kurang 4 keping

 untuk nak bagi perasa lagi pada daging tu..masuk kan sedikit lada putih & lada hitam dan sedikit garam..gaul bersama daging bagi mesra-mesra gitu..lepas tu letak tepi..

panas kan 1 sudu besar mentega/majerin..apabila sudah cair masukkan bawang yang telah dipotong dadu..tumis sehingga bawang bau wangi..kemudian masuk kan daging cincang tadi..goreng sampai daging tu masak..

 selepas daging yang di goreng masak..tutup api..angkat daging tu dan terus masuk ke dalam bekas yang berisi kentang lenyek..masuk kan juga daun sup dan bawang serta cream cheese..gaul semuanya sehingga sebati 

 setelah siap di gaul..ambil sedikit kentang tadi dan kepal-kepal menjadi bulat-bulat macam yang dalam gambar nie..nanti! belum best lagi untuk di makan..jom kita ke peringkat seterusnya..

 dalam mangkuk bersih..letak sedikit tepung gandum..ambil sebiji potato yang sudah di kepal-kepal tadi golek-golek atas tepung tu ye..buat sampai habis

 2 biji telur ayam..basuh dulu tau..buang lukisan-lukisan yang ada dekat kulit tu..bagi bersih-bersih ok..
pecahkan dalam pinggan dan pukul sampai jadi mcm gambar kat bawah nie..

 ambil potato yang di golek-goleh atas tepung..celup pulak dalam telur yang telah di pukul tadi..
kemudian..

 golek pulak atas orange bread crumbs..sampai la jadi macam gambar yang kat bawah nie..
kalau tak ada bread crumbs nie..boleh juga bland roti kering sampi jadi serbuk..

 setelah semua nya siap..boleh la di goreng..yang lebih-lebih tu boleh masuk kedalam bekas dan simpan dalam peti sejuk..lain kali nak makan boleh ambil terus goreng je..kan senang tu..hehehe (",)

sekian dulu buat masa ni..nanti kita main masak-masak lagi ok..(",)

" Selamat mencuba..dah try jangan lupa bagi komen dalam entry FB atau blog saya ok..(",)"

Isnin, 2 Julai 2012

Apam Polkadot


Salam semua..dah lama sebenarnya SD tak buat apam yang comel nie..apam polkadot..kali ni SD nak syer resepi..bagi yang dah tau diam-diam ok..bagi yang tak tau jom try buat..First kita lihat dulu bahan-bahannya..

Bahan-bahan

275g     tepung gandum (SD guna tepung superfine)
3 sdk    baking powder (SD guna 2 sdk je)
220g     gula halus (SD guna 200g je)
3 biji     telur (SD guna telur yang di simpan dalam peti ais)
1 sdk    ovallate
150      susu cair (SD guna Fresh Milk..ni gara-gara nak habiskan stock susu ni cepat..hehehe)
1 sdk    Essen vanila
Pewarna makanan ikut kesukaan

Jom kita mulakan dengan Bismillah..(",)..mula-mula kita panaskan air dalam periuk mengukus dulu..

 masukkan gula,telur & ovallte..pukul pada kelajuan sederhana ke laju..

 bila bancuhan agak sebati masukkan Essen vanilla, susu, tepung dan baking powder dan biarkan ia berputar sehingga menjadi putih gebu macam gambar diatas..

 setelah bancuhan sudah menjadi putih gebu..masukkan ke dalam beberapa bekas dan warnakan ikut warna kegemaran anda..kalau rajin boleh sudukan masuk dalam acuan terus, kalau malas boleh ikut cara SD masukkan bancuhan dalam piping bag..hehehe

sudah selesai masukkan kedalam acuan..sudah siap wat dot dot atau apa2 design yang anda suka..air didalam periuk mengukus pun sudah mendidih,apa lagi..masukan apam tadi..kukus selama 10 minit

** Tips:- Tudung periuk mestilah dibalut atau dibungkus dengan kain bersih untuk mengelakkan air kukusan masuk kedalam apam..

              - Apabila apam sudah masak, angkat sekali dengan tudung pengukus..kemudian baru buka ini mengelakkan dari apam menjadi bersarang-sarang...


"Selamat Mencuba"



Selasa, 26 Jun 2012

macaroon


Salam semua..dikesempatan yang ada nie SD nak syer sejenis resepi cookies yang diperbuat dari putih telur yang diberi nama macaroon..comel sangat..orang cakap macaroon nie mahal harganya.,dalam pasaran biasanya sekitar RM2.50 sebiji..mahal kan? harganya jadi mahal sebab nak membuatnya pun padan la dengan harganya kena banyak bersabar n leceh cikit..nie kali kedua SD try buat..teringin sangat..geram pun ada sebab comel sangat..masa mula-mula buat dulu jadi mcm apa entah..tapi dapat la juga rasa sikit sedap juga pastu apalagi jadi habuan tong sampah la jawabnye..masih banyak lagi yang perlu di eksperimen tentang macoroon ni untuk jadikan ia nampak sempurna..jadi siapa-siapa yang nak cuba..jangan takut-takut ok..tak jadi buat sampai jadi..hehehe..

Bahan-bahan

80g putih telur (2biji saiz A yang telah disimpan dalam peti ais 2-3 hari dan dibiarkan pada suhu bilik sebelum digunakan)
65g gula kastor
80g serbuk badam
140g gula icing
secubit cream of tatar
Sedikit pewarna


Sebelum kita mulakan, lakar bentuk bulat pada kertas minyak (baking paper)


 Ayak gula icing dan serbuk badam..ketepikan dulu

 Dalam bekas yang lain..masukkan putih telur yang telah di asing dari kuning telur..pastikan tak ada sedikit pun kuning telur dalam putih telur ni tau..
pukul sedikit telur putih pada kelajuan sederhana..dah nampak berbuih sedikit masukkan secubit Cream of tatar dan gula kastor..pukul pada kelajuan tinggi sampai putih telur bertanduk, semasa mixer tengah berputar boleh masukkan setitik warna yang digemari..



 ni la rupenya putih telur yang bertanduk tu..lau berani terbalikkan la..kalau tak jatuh atau meleleh dah jadi la tu kalau tak,hmm apa lagi putar balik sampai jadi macam tu..
 lepas tu masukkan sedikit dulu badam dan gula icing yang diayak tadi ke dalam bekas putih telur dan dengan menggunakan spatula kuap balik perlahan-lahan..jangan pandai-pandai guna mixer pulak..kalau nak guna juga silakan..setelah sebati masukkan lagi,sedikit demi sedikit baki badam dan icing tadi,kuap balik sampai habis semuanya semuanya..SD lakukan tiga kali..

 Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag dan picit ke atas baking paper ikut bulatan yang kita dah buat tadi..** tips= untuk dapatkan permukaan yang licin dan tak ada nampak tocang, basuh tangan dulu bagi bersih-bersih, dengan memgunakan jari, celup jari di dalam air dan tekan-tekan tocang tadi bagi rata..
Dah nampak cun semuanya..yang ni la kn sabar ni..kena rehatkan dulu macaroon ni sampai bila kita sentuh dah tak melekat di jari..lama juga la bergantung kepada cuaca..jika cuaca panas dalam 30 minit hingga 1 jam..Bila dah ok, bakar pada suhu 150 selama 15 minit..

Selamat Mencuba!! :-)




Sabtu, 16 Jun 2012

Roti Peratha Kentang

Roti Peratha boleh dinikmati sebagai sarapan pagi mahupun minum petang..Jom kita ke dapur..


Bahan-Bahan
Untuk Roti
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 teh garam
1 sudu besar minyak masak
3/4 cawan air

Untuk Inti
1 biji kentang bersaiz besar
Setangkai daun sup/daun ketumbar
garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-Cara
Untuk Roti
Campurkan tepung, garam dan minyak kedalam satu bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai menjadi satu doh lembut. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian.

Untuk Inti
Kupas kulit, potong kepada 4 atau 6 bahagian. Rebus sampai kentang empuk. Angakat kentang dari rebusan dan lenyek.
campurkan kesemua bahan untuk inti.Gaul sehinga semuanya mesra.

Untuk Roti Peratha
Canai doh roti setebal 2mm, masukkan inti kentang tadi.Bungkus dan jadikannya bulat seperti kuih pau.Buat sehingga habis.Rehatkan doh tadi selama 5 minit.

Panaskan plate pembakar bersama sedikit minyak.Canai doh tadi dan bakar sehingga masak atau nampak kekuningan.

** Letak minyak sedikit setiap kali hendak membakar roti.

Homemade Aiskrim

Homemade Aiskrim yang berkhasiat lagi mudah..semudah 1 2 3..je..kenapa SD cakap berkhasiat sebab tiada bahan pengawet dan bahan-bahan yang kita tak tau dari mana sumbernya..rasanya same je seperti yang di jual di kedai cuma ianya cepat cair sedikit..tapi untuk juadah ringan seisi keluarga boleh la mencuba.. (",)



Bahan-Bahan

2 cawan Coffemate
2 cawan susu segar ( boleh juga guna perisa s'berry atau chocolate) 
1-2 sudu besar gula
Perisa makanan ** jika guna susu segar- optional

Cara-caranya

1. Bland semua bahan tadi sampai berbuih. Masukan ke dalam bekas dan bekukan dalam freeze.
2. Setelah beku bland sekali lagi atau takut blander rosak pukul guna mixer je sebab masa ni aiskrim dah mula menjadi krim berat. Tujuan untuk pukul sekali lagi adalah untuk mendapatkan struktur aiskrim yang lebih halus atau smooth.Setelah itu bekukan kembali di dalam freeze..

Bila dah beku apa lagi tunggu..heheh.. kalau rajin boleh la bland biskut oreo..atau letak kekacang ke..ikut la selera masing-masing.. Selamat mencuba! (",)  


Isnin, 11 Jun 2012

Begedil Ayam

Salam semua..dikesempatan yang ada ni SD nak syer resepi Begedil Ayam yang simple tapi sedap..hehehe. Teringat masa zaman-zaman belajar kat Negeri Sembilan dulu..first time rasa begedil terus jatuh hati..jadi kali nie nak syer buat begedil..mudah je..semudah 1 2 3.. :-)



Bahan-bahan

6 ketul kentang saiz sederhana (kupas kulit)
200g ayam cincang (di goreng sedikit)
1 Tangkai daun sup (dihiris nipis)
1 Tangkai daun bawang (dihiris nipis)
4 ulus bawang merah (dihiris dan digoreng)
garam secukup rasa
2 biji telur
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-caranya :-

1. Potong kentang kepada 3 atau 4 bahagia dan kukus sehingga isinya empuk. Angkat, lenyek sampai hancur semuanya

2. Masukkan isi ayam, daun sup, daun bawang, bawang goreng, dan garam. Gaul biar semuanya mesra.

3. Uli bulat-bulat dan tekan sedikit.

4. Panaskan minyak, pecahkan telur didalam mangkuk yang lain dan pukul sedikit.Apabila minyak sudah panas, celup begedil tadi dan masukkan kedalam kuali.Goreng sehingga kekuningan


Boleh dimakan dengan sos cili begitu saja atau dengan nasi..selamat mencuba.. (,") 





Ahad, 6 Mei 2012

Apam Marble

Salam semua pagi nie SD nak syer apam marble..yang mudah dan ringkas..boleh di jadikan sarapan pagi atau petang..Selamat Mencuba..


Bahan-Bahan
300g            Tepung Superfine/Tepung Gandum*
1/1/2 Sdk     Baking Powder*
220g            Gula-kisar halus
3 biji            Telur grad A
1/2Sdb        Ovallate
250 ml         Susu Cair
1 Sdk           Esen Vanilla
Sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
1.  Panaskan air dalam kukusan, siapkan acuan apam.Ayak bahan yang bertanda *
2.  Guna Mixer, pukul telur + gula + ovallate + essen vanilla = kembang selama 7-10 minit (kelajuan sederhana)
3.  Masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair, sambil gaul rata menggunakan spatula. 
4.  Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
5.  Sudukan kedalam acuan berselang seli sehingga paras penuh
6.  Kukus dengan api sederhana kuat selama 15 minit.

**Tips :- Semasa mengukus, lapik/ bungkus tudung periuk dengan kain/tuala bersih dan jangan buka tudung periuk selama mengukus.


Rabu, 18 April 2012

Buttermilk Pancake

Salam semua..kali ini saya nak kongsi resepi buttermilk pancake..semalam lepas balik kerja tak ada kerja cari kerja..hehehe..


Bahan-Bahan
130 g tepung gandum
1 sdk baking powder
1/4 sdk soda bikarbonat
28g gula halus
1 biji telur (di pukul sedikit)
240ml buttermilk (susu segar + jus lemon / soda bikarbonat)
40 butter (dicairkan)

Cara-cara
1- Dalam 1 bekas masukkan tepung gandum + gula + baking powder + soda bikarbonat = gaul bagi mesra gitu
2- Masukkan buttermilk dan kacau
3-Masukkan telur + butter cair = gaul sampai semuanya sebati

ambil 1 senduk bersaiz sederhana dan tuang kan di atas plate lempeng..dalam 2 minit je dah siap..

" SELAMAT MENCUBA"


Ahad, 15 April 2012

Kuih Pau


Bahan-Bahan

500 g tepung super fine/tepung pau
80 g gula
250 ml air
3 g yis
10 g baking powder
30 g shoterning

Cara-cara

1 gaul semual bahan sampai lembut dan buat doh kecil-kecil
2 masukkan inti (apa-apa inti yang anda suka) dan letak di atas kertas atau daun pisang yang di potong bulat
3 biarkan selama 1 jam.
4 setelah 1 jam..masak air dalam periuk mengukus sampai air betul-betul mendidih..masukkan pau dan masak selama 10 minit..

Sabtu, 14 April 2012

Homemade Waffle

Salam semua..semoga ceria selalu..semalam lepas je balik keje, masuk je dalam rumah rasa lapar la pulak..nak makan apa ek..teringat pula pada Waffle Maker yang dah setahun beli..teringin la pulak nak makan waffle..bahan-bahannye pun dah ada..apa lagi jom kita ke dapur..hehehe

Ini la rupe homemade waffle maker..jenama TAKADA

Ini pulak bancuhan yang dah siap..tinggal nak masak je...

Bancuhan yang dimasukkan dalam waffle maker..pastu tutup..masak lebik kurang 5 minit..

Tarraaa!!! dah siap..sempat snap 2 keping je yang lain semua dah abis..hehehe


Bahan-Bahan (4-5 keping)

2 biji telur
1 cawan susu segar/ susu cair
1 sdk essen vanilla
2 sdb butter cair/minyak jagung
1 sdk garam
3 sdb gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder


Cara-Cara

  1. Satukan telur, essen vanilla, susu segar/susu cair, garam, dan gula dalam 1 bekas. Kacau bancuhan sehingga larut.
  2. Masukkan butter cair / minyak jagung. Kacau lagi.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sampai sebati.
  4. Panaskan Waffle Maker.Sapukan dengan sedikit butter
  5. Masukkan 2 sudu adunan waffle tadi, ratakan dan tutup waffle maker.

HAK CIPTA TERPELIHARA SYAF DELIGHT